Soalan Lazim (FAQ) – SUITEX25

Apakah SUITEX25?

SUITEX25 (Sarawak Umrah & Islamic Tourism Expo Festival 2025) adalah satu pameran khas yang mengetengahkan pengendali Umrah dan pelancongan Islam yang berlesen di Sarawak. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memilih pengendali Umrah yang berdaftar dengan kerajaan.

Bila dan di mana acara ini akan berlangsung?

Acara ini akan berlangsung pada 21 hingga 23 Februari 2025 di Mydin, Petrajaya, Kuching.

Siapakah yang boleh menghadiri acara ini?

SUITEX25 terbuka kepada semua pengunjung tanpa sebarang bayaran masuk.

Apakah aktiviti utama dalam SUITEX25?

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk:
✅ Pameran pakej Umrah & pelancongan Islam
✅ Sesi perkongsian khas oleh PU RIZ
✅ Forum Haji & Umrah
✅ Persembahan Nasyid/Qasidah oleh Al-Musthofa
✅ Cabutan bertuah dengan hadiah istimewa termasuk pakej Umrah percuma
✅ Pemeriksaan kesihatan & derma darah
✅ Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Adakah saya perlu mendaftar untuk menghadiri acara ini?

Ya, daftar diri anda di kaunter pendaftaran SUITEX25 di lokasi program.

Bagaimana saya boleh menjadi pengunjung bertuah?

Semua pengunjung yang berdaftar berpeluang menjadi pengunjung bertuah (terhad kepada 5100 unit kad cop). Pemenang mesti hadir di tempat acara semasa cabutan dijalankan untuk menuntut hadiah mereka.

Adakah kanak-kanak dibenarkan?

Ya, kanak-kanak dialu-alukan untuk hadir tetapi mesti ditemani oleh orang dewasa pada setiap masa.

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang acara?

🔹 Tidak dibenarkan membawa senjata atau bahan terlarang.
🔹 Merokok dan vape tidak dibenarkan dalam kawasan acara.
🔹 Pengunjung mesti menjaga tingkah laku yang baik dan menghormati semua pihak.

Adakah saya boleh mengambil gambar dan video semasa acara?

Ya, fotografi dan videografi dibenarkan. Namun, penggunaan gambar atau video untuk tujuan komersial perlu mendapat kelulusan penganjur terlebih dahulu.

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan booth, sila hubungi sekretariat kami di:
📞 016-858 5167 / 012-400 2890

© SUITEX2025 | Website Developed by Techlaju